Baru-baru ini saya telah difitnah sebagai orang bodoh,budak yang tidak berfikir dan macam-macam lagi.Tapi cuma satu yang membuat saya terasa hati apabila difitnah ‘bangga mengutuk negara dan bangsa’.Saya tidak akan menjawab secara terus tohmahan tersebut,maka saya saya memilih untuk menjawab melalui rencana ini yang diberi tajuk ‘ pelacur dan realiti’.
Secara umum pelacur ditakrifkan sebagai perempuan yang menyediakan perkhidmatan seks.Saya mula berfikir bahawa bahasa Melayu bukan milik mana-mana organisasi tetapi milik bangsa Melayu.Jadi saya ingin menghurai lebih lanjut tentang pelacur mengikut versi saya sendiri.Maka saya memilih untuk memberi satu contoh.
Saya dibesarkan di sebuah perkampungan yang terpencil di tengah-tengah hutan yang telah diteroka dan dihuni oleh pelbagai suku kaum.Dari segi kemudahan memang agak terlalu kurang jika dibandingkan dengan kampung-kampung yang berdekatan bandar.Namun kami selesa tinggal di kampung ini dengan sikap bersatu-padu dan tidak mementingkan diri sendiri ki kalangan penduduk.
Pemuda-pemuda di kampung ini bersukan dengan kemudahan yang tidak berapa bagus.
Suatu hari kami didatangi seorang pakcik yang sangat kami kenali lalu menawarkan kami ‘budget’ untuk kemudahan sukan kami.Tetapi dengan syarat harus mendaftarkan diri kami dengan pertubuhan pemuda organisasi yang pakcik tersebut wakili.Kami diberitahu jika tidak berbuat demikian,tiada sebarang ‘budget’ yang dapat dikeluarkan .
Kerana kami ditakdirkan mewarisi darah pejuang-pejuang yang menentang penjajah di kampung ini,kami sebulat suara tidak bersetuju dengan tawaran pakcik tersebut kerana kami tidak sanggup melacurkan diri kami hanya kerana sedikit kepentingan sukan.Kami berfikir sangat tidak adil bagi kawan-kawan lain di kampung berdekatan yang tidak menyertai petubuha pemuda tersebut.
Kami juga terperanjat beruk kerana pakcik tersebut cuba melacurkan maruah dirinya untuk kepentingan majoriti dengan menggunakan hak rakyat yang sepatutnya diuruskan dengan adil tanpa mengira latar belakang.Bukan saja cuba melacurkan maruah dirinya yang mewakili agama dan bangsa,tetapi juga cuba melacurkan aset rakyat dan negara.
Saya tutup cerita contoh ini.
Saya mula menyifatkan apa saja perkara yang memerlukan kita menjatuhkan maruah diri(rasuah,meniru,menindas ,fitnah dll) adalah satu bentuk pelacuran baru.Bukan sekadar sesiapa yang cuba menawarkannya,malah yang membenarkannya juga saya akan sifatkan sebagai ‘pelacur’.Maka saya cuba menggesa kawan-kawan saya memperjuangkan idealogi ini kerana pelacuran baru ini akan membawa bahana yang lebih besar kepada negara dan bangsa berbanding pelacuran kategori seks.
Saya tidak akan kisah jika apa yang saya cuba saya perjuangkan ini tidak berjaya kerana saya masih boleh berbangga kerana saya telah mempunyai satu usaha untuk memartabatkan bangsa dan negara.Dalam perjuangan ini,saya yakin jika saya kalah,saya kalah dalam bermaruah.Saya tidak akan duduk diam memerhatikan pelacuran ini berleluasa.
Saya telah menolak mana-mana pertubuhan yang menjajikan habuan untuk ahlinya tetapi saya akan menyokong mana-mana pihak yang mendahulukan kepentingan orang lain kerana sifat tersebut lebih mulia pada pandangan idealogi saya.
Saya juga mula menolak untuk memperjuangkan kepentingan satu bangsa sahaja kerana saya telah menganggap sikap itu boleh dikategorikan sebagai ‘pentingkan diri sendiri’ kerana sikap ini juga saya telah kategorikan sebagai ‘pelacuran baru’.Sikap ini bukan sahaja akan membawa kepada masalah perkauman,malah lebih teruk lagi.Mungkin agak susah untuk bermula tetapi ini bukan alasan untuk saya menghentikan perjuangan ini.Jika di kampung kecil yang agak mundur dari segi kemudahan termasuk pengangkutan tetapi penduduknya dapat mengetepikan sikap perkauman,mengapa penduduk di tengah-tengah bandar yang ditaburkan pelbagai kemudahan tidak memiliki sifat murni tersebut?Adakah ini hasil daripada pelacuran baru?Sama-sama kita kaji.
Sesiapa yang membaca tulisan saya sehingga habis,saya meminta maaf kerana gaya penulisan dan penyampaian yang kurang baik.Tetapi saya harap motif utama dapat disampaikan kepada pembaca.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment