Baru-baru ini saya telah pergi ke sebuah bank yang diterajui oleh orang bukan islam.saya telah melihat seorang pekerjanya didalam memakai kopiah putih.ini adalah pengalaman yang entah keberapa saya melihat pekerja di bank yang sama memakai kpoiah putih.tapi ini bukan isu yang nak saya kongsi bersama.
Semasa saya di sek men, GPK1 saya pakai kopiah putih setiap hari.tiba-tiba satu hari GPK1 saya tidak lagi memakai kopiah putih.hairan,pelik,tiba-tiba berubah.ingatkan hanya sehari,tapi berlarutan.setelah dikorek-korek pada warden asrama kami,rupanya cikgu-cikgu sekolah tidak lagi dibenarkan memakai kopiah.lebih teruk saya diberitahu bukan setakat guru sekolah,tetapi lebih dari itu.masa itu saya tidak ambil port sangat.Sekali lagi apabila bapa rakan saya yang juga seorang guru agama tidak lagi memakai kopiah dengan alasan yang sama.kali ini saya mula ambil kisah.
Kita pernah terbaca di negara luar pernah ada kerajaan yang melarang kanak-kanak muslim memakai tudung dengan alasan-alasan tertentu.Malaysia adalah di antara negara yang bersuara menentang pencabulan hak asasi ini.syabas Malaysia.
Namun saya mula melihat keadaan di sini tidak kurang buruknya apabila ulama-ulama yang dahulunya sering keluar di televisyen dengan kopiah-kopiah putih mula bertukar kepada songkok.saya tidak akan mempersoalkan tentang songkok,tapi saya percaya ulama-ulama yang saya kenali itu tidak akan suka-suka tanpa sebab menukar kopiah kepada songkok.
Semasa kecil,saya telah menganggap songkok itu hanya di pakai oleh muslim di Malaysia,tetapi anggapan itu telah berubah apabila saya melihat ada beberapa pemimpim tinggi non-muslim memakai songkok.Atas sebab apa,saya masih kurang bukti tapi saya sudah dapat mengagaknya.tutup kes pasal songkok.
Mengikut fikiran saya,perkara ini adalah perkara yang dianggap kecil oleh pihak-pihak tertentu tanpa mereka memikirkan kesan-kesan buruk yang akan timbul.mungkin sekarang tidak cukup teruk,lagi lima tahun siapa tahu?
Saya cuba meramalkan pada masa akan datang makcik-makcik dan perempuan-perempuan muda yang bekerja dengan mereka yang saya cuba gambarkan ini akan diberi garis panduan tentang ukuran tudung yang mereka pakai.mungkin saiznya akan diminimumkan sekecil yang mungkin.sesiapa yang berhajat memakai tudung yang agak labuh demi mengikut syariat islam tidak akan dibenarkan.tapi sila berdoa agar ramalan saya ini tidak tepat dan tidak akan berlaku.jika ramalan ini tepat,saya terpaksa mencari bakal isteri secepat mungkin.
Maka saya berdoa agar pihak-pihak yang berkenaan tidak meneruskan pencabulan hak –hak asasi ini.saya tak rela melihat di bumi yang telah diishtiharkan merdeka selama 50 tahun ini, manusia masih diperlakukan seperti ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment