Saturday, September 29, 2007

saya tidak patriotik

pada malam di bulan ramadan ini saya memilih untuk menulis tentang patriotik.kita dikabarkan malaysia telah merdeka selama 50 tahun,walaupun saya termasuk dalam kalangan yang meraguinya,saya tetap menerima angka 50 itu.tapi merdeka dari segi apa sebenarnya?semua orang akan memberi jawapan berbeza-beza mengikut tafsiran masing-masing.maka saya tidak akan ambil port.

saya berbalik kepada tajuk saya tidak patriotik.kita semua telah dididik agar menjadi patriotik dari sekolah rendah.nampaknya saya adalah produk yang gagal.tapi saya tak pernah kecewa kerana saya masih berbangga dengan datuk-datuk kita yang mengangkat senjata menentang penjajah dan saya masih cintakan tanah air saya.apabila saya pulang ke kampung,mereka sering menceritakan benda yang sama setiap tahun tapi saya setia mendengar walaupun saya telah diceritakan cerita yang sama berkali-kali.sekurang-kurangnya saya nampak kesungguhan mereka ingin menyemai sikap 'jangan dijajah'.

kita semua tahu kita mendapat 'merdeka' malalui proses rundingan.saya pasti proses rundingan itu bukanlah se'simple' ini :

malaysia: saya ingin merdeka
british:owh baiklah.anda boleh mengambil tarikh 31 ogos sebagai tarikh kamu.

saya didedahkan dengan pelbagai maklumat tentang rundingan tersebut,tapi tak perlu saya huraikan di sini.kita cuma perlu lihat kembali proses pemerintahan yang diamalkan di malaysia selepas merdeka.

apa yang nak saya tunjukkan di sini,hendak merdeka pun,kita perlu mengikut telunjuk mereka.merdekakah kita??tapi perkara tersebut dah lama berlalu,jangan jadikan isu.kita harus lihat pada hari ini dan yang akan berlaku esok.

baru-baru ini kita didedahkan tentang seorang budak cina muar yang me'remix'kan lagu negaraku.saya tahu lagu negaraku kita adalah hasil ciplak lagu mamula moon.tapi ini cerita lama.

yang dipertikaikan ialah budak cina itu menghina lagu negaraku kerana me'remix'kannya.tapi kita dapat lihat pihak2 tertentu yang me'remix'kan lagu itu dan dipersembahkan kpd umum.namun orang tidak pernah ambil port.

tentang lirik budak cina itu,bagi saya itu perkara yang dah lama berlaku di malaysia.saya sering mendengar apabila kawan2 saya bertengkar,pelbagai ayat akan keluar.cuma tak di'upload'kan di youtube.tentang menghina polis,bukan budak itu sahaja.contohnya kalau kita pergi ke restoran hakim seksyen 7 shah alam,ada kalangan budak2 yang bercerita tentang polis.apa yang diceritakan,macam-macam.ada yang positif dan ada juga negatif.ini adalah pengalaman saya.

tentang bendera malaysia yang seperti bendera amerika itu,saya tak nak komen banyak-banyak.semua orang marah kerana budak berhelmet itu membakar bendera malaysia kerana dituduh tidak menghormati bendera keramat itu.

sekarang saya ingin mengutuk mana-mana orang yang menggantung bendera malaysia yang pelbagai rupa.ada yang bulan bintang di atas,jalurnya ke bawah.ada pula bendera yang dibulatkan supaya menjadi agak 'cantik' dan boleh disemat di baju.sekarang saya ingin memfitnah mereka menghina bendera malaysia.

kerana cpu temperature saya telah semakin meninggi,saya harus menamatkan tulisan ini.akihir sekali jangan menuduh sesiapa tidak patriotik atau tidak menghormati negara kerana mereka melakukan apa yang anda tidak lakukan.setiap yang berlaku adalah bersebab.

sekarang saya mengishtiharkan diri saya tidak patriotik kerana saya tidak mahu menjadi patriotik tanpa bersikap ilmiah.

semoga Allah memberi saya petunjuk